Pernahkah anda menerima msg, whatsapp atau email yang mencurigakan? Scammer shopee kini semakin bijak dalam memperoleh maklumat peribadi anda dengan tipu daya yang lebih complex.
Baca lebih lanjut tentang kecurian maklumat peribadi anda daripada scammer shopee dibawah.
![]() |
Gambar sebagai hiasan |
Penipuan Butiran Bank
Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan butiran bank??
Jika suatu hari anda ada menerima msg atau email yang memaklumkan bahawa anda telah membuat pembelian dan transaksi melalui shopee.
Tambahan lain daripada penipuan ini ialah anda akan dimaklumkan bahawa seseorang telah mencuri butiran kad debit atau kad kredit anda lalu membuat pembayaran dilaman Shopee.
Tetapi hakikatnya anda langsung tidak pernah membuat sebarang pembelian.
"Perkara pertama sekali yang perlu terlintas difikiran anda ialah bertenang dan tahu bahawa ianya salah satu daripada tektik scammer untuk menipu dan mencuri wang anda."
step-by-step cara ia berlaku
- Anda akan menerima msg atau email yang mengatakan seseorang telah membuat pembelian di Shopee dengan menggunakan bank detail anda
- Tambahan lagi, mereka akan memberi nombor telefon untuk dihubungi berhubung masaalah tersebut
- Jika anda menghubungi nombor tersebut, seseorang dihujung talian akan berlakon sebagai pegawai bank untuk meyakinkan anda
- Pegawai bank (penipu), akan bertegas untuk membantu dan meminta butiran bank serta nombor TAC dengan harapan dapat mengakses bank anda
- Jika berjaya mengakses, mereka akan mencuri wang anda.
Cara untuk elak daripada ditipu seperti diatas
1. Perkara pertama sekali yang perlu anda ingatkan ialah jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi anda seperti dibawah :
- Nombor akaun bank
- IC
- Nombor kad kredit
- Nombor TAC
- Nama penuh
- dll
Comments
Post a Comment