Ditipu scammer shopee RM 4k..| Seorang lelaki yang dikenali sebagai nama Fizie Hafizi telah berkongsi tentang kisah adiknya discam dan ditipu sehingga RM 4k oleh scammer yang menyamar sebagai agent Shopee.
Ikuti kisah beliau dan jadikan panduan dan pengalaman supaya anda tidak tertipu dengan modus operandi yang sama.
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Ditipu scammer shopee sehingga RM 4k
" Ini cara dia scam adik saya. Dia ada join kononnya affiliate marketing shopee, selepas membuat buat task 3x boleh lagi dpt refund+commission tu."
"Tetapi selepas kali keempat dan seterusnya, bayar dah almost 4k lebih, tetapi belum dapat refund apa-apa lagi, katanya system dia ckp ‘refund failed due to 1 item missed’.
So adik saya tu keep on bayar2 la sebab dia ingatkan boleh settle..
last2 still dpt respon yg sama.. dia transfer ke 2 acc bank berlainan..
scammer kata system akan hold kita punya duit until task completed.
Tapi dah tak boleh nk percaya, sbb makin lama harga tu makin banyak nk kena bayar..
Ini hanya untuk peringatan untuk semua pantau lah jgk ahli kluarga anda jangan biar kan ianya berlarutan. kekadang scammer buat cmni, yang di scam tu akan rasa terpojok dan nk dpt kan refund tuu dia terpaksa follow lah task tuu.
hati-hati ya semua kadang klau bukan kita mungkin orang terdekat kitaa yang akan terkena,
Pergi buat report polis pun dia psycho adik saya yang tengah sedih tu, siap ckp sindir2 ckap kemungkinan klau proceed ke mahkahmah pun tak dapat refund blik okay xpe lah x dpt refund tpi yg pelik nya dia ckap klau si scammer x mengaku, adik sy pulak yg akan kena waran tangkap kalau si scammer tu cuba dakwa macamtu lah, walhal bukti-bukti transaction semua ada.
Pening2...macam agak pelik tapi itulah yg dikata sergeant tuu hurmm
Comments
Post a Comment