Scammer shopee : Terima msg parcel stuck pada transit

 Penipuan Parcel..| Baru-baru ini, terdapat satu lagi teknik penipuan dimana, anda akan diberitahu bahawa parcel belian anda stuck dalam transit tertentu.

Baca selanjutnya untuk mengetahui lebih lanjut.

scammer shopee
Gambar sekadar hiasan


Berhati-hati dengan penipuan parcel

Teknik penipuan parcel ini terdapat dalam beberapa bentuk. Pasti akan anda faham tentang teknik penipuan ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini : 


#1: Scammer akan menghantar SMS kepada anda yang mengandungi pautan tentang butiran bungkusan yang tidak dikutip. Selepas mengklik pada pautan, anda akan melihat mesej yang memberitahu anda bahawa bungkusan telah ditahan atas beberapa sebab, termasuk caj penghantaran atau cukai yang tidak dibayar. 

"Jika ingin mendapatkan semula barangan tersebut, anda akan diminta membuat bayaran untuk mendapatkan semula barangan yang tersangkut ketika transit. Malangnya, jika anda membuat bayaran, mereka akan menghilang terus"

Gambar sekadar hiasan

 

#2: Anda mendapat direct SMS/Whatsapp daripada seseorang yang menggunakan logo Shopee sebagai profile picture.

Mesej tersebut akan menyatakan tahniah kepada anda kerana memenangi hadiah dan diberikan pautan ke sebuah halaman yang mengandungi set soalan.  

Tidak kira jawapan yang diberikan, anda perlu membayar yuran penghantaran jika mahukan hadiah hanya melalui kad kredit atau debit. Akhinya, mereka akan menggunakan butiran kad kredit anda melakukan transaksi yang tidak sah.

Baca juga : semua artikel tentang teknik scammer shopee disini

Cara untuk mengelakkan dari menjadi mangsa scammer

shopee scammer
Gambar sekadar hiasan


  1. Pastikan anda sentiasa menyemak pembelian barangan di bawah tab "Pembelian Saya". 
  2. Selain itu, Shopee hanya menghubungi pemenang mana-mana hadiah melalui halaman rasmi atau melalui pemberitahuan aplikasi Shopee.
  3. Buang atau ignore terus msg atau email yang meragukan seperti yang disebutkan diatas.


sumber : 1


Comments