Perhatian! Jangan tertipu jika terima msg peluang kerja dishopee. Itu semua shopee scammer

 Perhatian! Jangan tertipu jika terima msg peluang kerja dishopee. Itu semua shopee scammer!


Shopee scammer

"Percaya tak? Kalau Min cakap ada orang yang dah kene scam sampai rm24k dengan teknik macam kat bawah ni?? "

 Peluang pekerjaan dari agent shopee

Pernah tak anda menerima msg atau email atau whatsapp daripada seseorang yang kata dia dari shopee mall atau sebagai agent shopee??

Kebiasaannya whatsapp tersebut akan berbunyi macam ni.



DIA MACAM NI.


Sebuah teks msg akan dihantar kepada anda daripada nombor yang tidak dikenali melalui aplikasi seperti whatsapp, email dan sosiap media anda. 

Tapi kebanyakannya adalah melalui whatssapp, Facebook, iklan Instagram atau melalui personal msg. Kemudian Anda akan ditanya sama ada anda berminat untuk bekerja dengan Shopee, atau mereka memaklumkan bahawa anda telah dipilih oleh Shopee untuk bekerja dengan mereka. 

Konsepnya mudah sahaja? Anda hanya perlu membeli terlebih dahulu untuk mendapatkan komision pembelian.

Bagaimana kerja scammer untuk menarik mangsa 1

  1. Tawaran kerja datang dengan ganjaran harian sebanyak RM100 – RM300 (atau lebih) jika anda dapat menyelesaikan tugasan mudah. 
  2. Pada permulaan kerja, anda akan menerima ganjaran selepas menyelesaikan tugasan pertama. Taktik ini digunakan untuk memikat mangsa dan membentuk rasa selamat kepada mangsa. Untuk menjadikannya lebih meyakinkan, mereka akan membayar "ganjaran" ini secara berkelompok.
  3. Anda akan ditambahkan pada group whatsapp yang terdiri daripada beberapa "pekerja" yabg lain (yang sebenarnya mereka semua hanyalah lakonan). Ini adalah untuk memacu pulangan ganjaran tawaran itu, dengan ini dapat memberi gambaran kepada mangsa bahawa orang lain juga ada yang berjaya menyelesaikan tugasa  dengan baik.

Bagaimana kerja scammer untuk menarik mangsa 2

Scammer shopee
  1. Anda akan menerima SMS daripada "wakil Shopee" atau pun "penjual" yang mendakwa terdapat caj berlebihan pada pembelian Shopee yang anda lakukan baru2 ini. 
  2. Seterusnya mereka akan menawarkan bayaran balik kepada anda. Pautan WhatsApp akan diberikan supaya anda boleh menghubungi pelakon yang seterusnya.
  3. Apabila nombor tersebut dihubungi, scammer ini  akan meminta maklumat peribadi anda. Termasuklah nama penuh, nombor akaun bank, dan ID Shopee. 
  4. Scammer akan membuat pembayaran kepada akaun anda dengan jumlah yang kecil untuk memancing kepercayaan anda.
  5. Seterusnya, anda akan diminta mengisi borang maklumat maklum balas dengan upah ganjaran sehingga rm150 tetapi anda diminta membayar sejumlah wang terlebih dahulu untuk mendapatkan ganjaran tersebut. 

Tips untuk mengelakkan daripada terjebak dengan penipuan diatas

"Satu perkara yang perlu diingat ialah Shopee TIDAK akan mengupah mana-mana individu untuk merekrut pekerja melalui platform sosial media lain."

Shopee juga turut menegaskan bahawa tidak ada wakil seperti "Agen Pembelian Dalam Talian" dalam organisasi merekea. 

Mereka tidak akan sekali-kali meminta bayaran  pendahuluan ataupun deposit untuk mana2 pembelian atau perkhidmatan daripada shopee.


Selain itu, sentiasalah beringat bahawa semua aktiviti berkaitan kewangan akan dilakukan melalui Aplikasi atau Web Shopee official sahaja

Comments