Amaran! jangan sesekali buat pembayaran luar dari Shopee. Baca teknik shopee berikut

Penipuan Pembayaran boleh jadi dalam beberapa bentuk. Baca sepenuhnya artikel berikut untuk mendapatkan teknik scammer shopee melakukan kerja mereka.

Penipuan Pembayaran luar dari Shopee

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara diatas? Terdapat beberapa teknik untuk penipuan pembayaran shopee ini, tetapi tujuan utama mereka ialah cubaan menipu untuk mendapatkan maklumat peribadi atau memujuk anda untuk membuat pembayaran di luar Shopee.

Gambar sekadar hiasa. Warning scammer shopee


Baca juga : Perhatian! Jangan tertipu jika terima msg peluang kerja dishopee. Itu semua shopee scammer

Cara ia berfungsi dalam senario yang berbeza :


#1: Mereka akan menyamar sebagai siaran media sosial berbayar dengan menggunakan logo Shopee. Mereka sedaya upaya memujuk anda untuk memberikan maklumat peribadi sebagai pertukaran untuk baucar eksklusif yang mahal dan menguntungkan.


#2: Melalui email atau whatsapp, mereka akan menyamar sebagai wakil shopee dan membuat anda percaya bahawa anda adalah pemenang cabutan bertuah. Sebaliknya, untuk menuntut hadiah, anda perlu masuk kesuatu laman web, seterusnya memancing anda untuk memasukkan butiran peribadi.


#3: Sseeorang akan menyamar sebagai pekerja Shopee dan memberi whatsapp supaya anda menyelesaikan pembayaran tertunggak. Untuk mengelakkan sedemikian, anda perlu memindahkan sejumlah wang kedalam akaun bank scammer.


#4: Anda akan dimaklumkan bahawa andamempunyai lebihan bayaran dan diminta untuk mengembalikan semula wang tersebut dengan segera.


#5: Perjanjian yang sepatutnya sekali dalam seumur hidup muncul dan untuk mendapatkannya, anda perlu membayar terus kepada si penipu.


#6: Meminta maklumat peribadi anda atau kata laluan (TAC) untuk mengesahkan pembelian anda di Shopee. Pada hakikatnya, semuanya adalah proses yang terperinci mereka untuk mendapat akses kepada akaun anda.

Baca juga : Semua artikel tentang scammer shopee

Cara untuk memastikan anda daripada ditipu dari penipuan pembayaran

Bagaimana anda boleh memastikan diri anda daripada ditipu oleh scammer shopee dengan teknik penipuan pembayaran?

Caranya mudah sahaja, pastikan anda tidak memberi nombor telefon untuk bersembang luar daripada shopee.

Seterusnya, pastikan hanya menggunakan applikasi shopee untuk membuat sebarang pertanyaan dengan penjual kerana dishopee akan sentiasa dilindungi dengan Shopee guarantee.

 Hanya gunakan ciri sembang dalam apl Shopee untuk semua surat-menyurat dengan penjual. Selain itu, pesanan yang dibuat dengan kami dilindungi oleh Jaminan Shopee.

Baca juga : 5 Tips dan trik untuk android 12 terkini anda yang menarik

sumber : 1


Comments