Teknik shopee scammer dah lama tapi masih ramai yang terkena

Shopee Scammer..| Siapa yang tidak tahu dengan platform e-commerce nombor satu di Malaysia iaitu Shopee. Mungkin anda juga seperti admin, pengguna tegar shopee sehingga hari ini.

Namun begitu, peningkatan populariti platform ini telah menyebabkan statistik laporan tentang scammer shopee semakin meroket. Pasti anda tidak mahu menjadi salah seorang yang discam bukan? 

Jom lihat pengalaman dan perkongsian daripada seorang pengguna shopee ini tentang salah satu teknik yang digunakan pakai oleh scammer untuk mengaburi mata pengguna.

Gambar sekadar hiasan

Teknik : konon bisnes merchant rupa-rupanya..

As salam guys.. jgn terjebak MCM sy abis 2.5k ini tektik scammer baru tolong share guys jgn terjebak MCM sy.. kata business merchant Kita bayar dulu then dia akan bayar Kita balik Dalam 10 to 15 minit mula² dia bayar cepat je buat Kita percaya pastu dia kasi task yg Mahal bila Kita bayar terus dia paksa Kita suruh buat task lagi Mahal sampai 4k siap suruh pinjam dengan kawan semua bila saya cakap sy nak refund terus Blok Dari group pastu nak ugut bun.nu.h lak.. hati²

 Step-by-step modus operasi

Gambar 1


  1. Sebuah iklan akan dibuat oleh scammer tentang program affiliate marketing untuk Shopee. Iklan ni biasanya diabuat dalam fb, instagram dan so on..
  2. Pertama sekali, anda perlu whatsapp ke nombor yang disediakan.
  3. Kemudian anda akan menerima msg seperti yang tertera didalam gambar 1 diatas.
  4. Anda akan diminta untuk melakukan tugas pertama. Satu link akan diberikan dimana ia direct kepada sebuah akaun shopee. Anda hanya perlu membuat pembayaran kepada akaun tersebut.
  5. Selepas 10 minit, anda akan menerima wang anda kembali bersama 10% commision daripada pembelian tersebut.
  6. Selepas itu tugasan kedua juga prrlu buat perkara yang sama. Tetapi anda tidak akan mendapat duit dan kommision. Sebaliknya, mereka akan memaksa anda melakukan task ketiga dan keempat sehingga anda merasakan anda sedang discam.

Bersama ambil iktibar..

Itulah pentingnnya untuk anda banyak membaca tentang pengalaman yang dikongsikan oleh mereka yang sudah pernah terkena.

Jika anda ada pengalaman yang ingin dikongsikan, sila tinggalkan diruangan komen dibawah.

Baca juga lain-lain cerita disini : 

Baca juga : Racun tiktok mini lipstick shaver untuk wanita sesuai untuk semua bulu



Comments