Lelaki ini berkongsi 2 tindakan jika anda sedar diri anda terkena scam

 Apa perlu buat jika anda sedar anda sudah discam?..|Bagi sesiapa yg dah terkena, saya sarankan :-







1) Terus call bank awak. Bagi tahu awak ada buat transaksi sekian sekian ke akaun si pulan & awak mention selepas membuat transaksi awak sedar yg awak sudah di scam.


Kemudiab bank akan minta awak buat laporan polis & send ke  email yang akan mereka beri atau pergi ke branch bank. 


2) Buat Laporan Polis (kena gelak pun gelak la mat) 


3) Okay di sini ada 2 pilihan:-


a. Hantar report polis ke mana-mana cawangan bank awak & minta bank buat report. Sertakan maklumat transaksi seperti ;

  • akaun pemilik
  • akaun penerima
  • Amaun 
  • tarikh & masa transaksi.


Bank awak akan report pada bank yang berkenaan (si penerima) 


So tunggu la mereka buat siasatan…


b. Pilihan kedua ni saya sarankan (mengikut pengalaman) okay, masa call bank awak awal2 tu bagi tahu awak kena scam & dia akan provide email untuk kita bagi report polis. Awak email ke alamat yang diberi. 

Tulis la diri dah kena scam & kalau boleh nk dapatkan balik duit tu. Tulis lah sebaiknya.. dan tips paling penting dalam step ni adalah ; 

 

CARI EMAIL ADDRESS UNTUK BANK PENERIMA BAHAGIAN SCAM & FRAUD. 


Contohnya; saya buat transaksi ke akaun mangkuk scammer tu pakai CIMB. Jadi, saya sent ke CIMB CRU (Customer Resolution Unit)

Email address : cru@cimb.com


Dan yang paling penting, saya sent juga kepada Bank Negara Malaysia untuk tindakan selanjutnya. 


Awak boleh send juga ke ;

bnmtelelink@bnm.gov.my


Masa nak hantar email tu , ketiga2 email address tu awak kena tulis di ruang ‘sent to’ . Bukan di ruang ‘cc’ 


Contoh;


To ; (email bank pemilik) , (email bank penerima / scam & fraud unit) , bnmtelelink@bnm.gov.my


4. Tunggu mereka buat siasatan lanjut. InsyaAllah, mereka akan dapat trace duit & pulangkan duit awak . Dia tak janji dapat balik duit but they will do their best to get your money back.


Ini lah yang saya dapat kongsikan sebab saya baru terkena scam dengan hantu ni. Lepas buat semua report alhamdulillah saya dapat balik duit tu..

Sumber : Fb/

Baca juga : Semua artikel tentang scammer shopee disini

Baca juga : 6 kesan kepada badan jika tidak mengambil gula selama sebula

Baca juga : text-to-speech bahasa apa pun dengan google lens

Comments