3 platform untuk dilaporkan jika anda mengalami aktiviti yang mencurigakan dilaman Shopee

 Lindungi Diri Anda Dalam Talian Dengan Menyedari Penipuan yang Biasa berlaku di Shopee Ini.

3 platform untuk dilaporkan jika anda mengalami aktiviti yang mencurigakan dilaman Shopee

Scammer shopee
Gambar sekadar hiasan

Adalah malang bahawa terdapat individu yang ingin mendapatkan wang dengan cepat melalui kaedah yang tidak jujur, tetapi realitinya inilah dunia yang sedang kita diami. 

Pemahaman yang menyeluruh tentang penipuan Shopee ini, dapat melengkapkan anda dengan pengetahuan yang diperlukan terhadap penjenayah ini. Sekaligus memberikan anda masa untuk berfikir sebelum menjadi mangsa kepada scammer2 yang tidak bertanggungjawab ini.

Baca juga : Lelaki ini berkongsi 2 tindakan jika anda sedar diri anda terkena scam


Sekiranya anda mengalami aktiviti dalam talian yang mencurigakan, kami amat menggalakkan anda untuk melaporkan ke balai polis berhampiran atau melalui:

Gambar sekadar hiasa 


1. SEMAKMULE

SEMAKMULE merupakan platform PDRM untuk menyemak akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan jenayah komersial.

2. JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL

Talian maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di 013-211 1222 (8 pagi – 12 pagi), saluran WhatsApp PDRM untuk menyemak status laporan polis atau untuk menyerahkan maklumat tentang kes jenayah komersial.

2. CCID

Pusat Tindak Balas Penipuan CCID di 03-2610 1559 atau 03-2610 1599 (8 pagi – 8 malam), talian hotline maklumat PDRM untuk mengemukakan butiran atau bertanya tentang penipuan dalam talian.

Akhir kata..

Penipuan cyber semakin menaik seiring dengan peningkatan teknologi yang semakin canggih. 

Sentiasalah memastikan diri anda sentiasa berwaspada dan tidak menjadi salah seorang mangsa penipuan scammer shopee.

Baca juga : Lelaki ni ditipu RM 4k oleh scammer shopee. Baca perkongsiannya

Baca juga : 3 Amalan yang dibawa selepas kematian

sumber : 1


Comments