Cerita mimpi : mimpi peluk arwah ayah

Cerita mimpi..| 20 September 2022. Jam 4.30 pagi macam tu terjaga daripada mimpi yang menghilangkan rindu yang tidak berpenghujung.

freepik.com
Freepik.com


Mimpi sebelum subuh

Didalam pandangan islam, mimpi itu dibahagikan kepada 3 iaitu : 
  1. Mimpi yang datang daripada Allah
  2. Mimpi kosong atau mimpi yang terbawa oleh fikiran atau kondisi psikologis
  3. Mimpi buruk yang datang dari syaitan
Biasa ibu-ibu akan cakap mimpi selepas subuh itu adalah mainan syaitan untuk melalaikan manusia daripada menunaikan solat.

Tapi, pada malam tadi aku bermimpi dan terjaga sebelum waktu subuh.

Cerita mimpi mungkin bermula dari hari sebelumnya aku terdetik rasa rindu yang mendalam kepada arwah ayah

Arwah ayah pergi menghadap ilahi baru je tahun lepas bulan ogos 2021, terlalu baru meninggalkan aku.

Ketika dia pergi tu, aku dalam keadaan yang sangat tertekan dengan kehidupan yang sering menghimpit diri.

Tekanan demi tekanan  daripada orang yang menzalimi diri ini (semoga Allah memberi balasan dan kesusahan hidup kepada dia dunia dan akhirat). Ketika itulah ayah meninggalkan aku, ketika otak dan fikiran dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan.

Bila tekanan dan menjadi semakin tenang, aku mula tersedar yang aku terlalu menyayangi ayah aku. Tetapi rindu pada orang yang sudah tiada adalah rindu yang tidak akan berpenghujung. Semoga ayah aku Mohammad Aris bin Mohammad Nor diampunkan semua dosanya dan dimasukkan kedalam syuga Firdaus tanpa perlu dihisab.

Cerita mimpi : mimpi peluk arwah ayah 

Mimpi malam tadi berada didalam rumah aku sendiri. Mulanya aku hanya bersantai-santai diatas kerusi didalam rumah.

Tiba-tiba ayah aku balik dan masuk kedalam rumah. 

Ketika itu dia memakai baju kerja yang biasa dia pakai. Tetapi tidak dibutang bajunya. Entah dia baru balik dari mana sehingga menampakkan perutnya yang buncit.

Aku semestinya sangat kenal dengan perut buncit ayah sebab dah biasa tengokkan. 

Realiti perasaan yang teramat rindukan ayah tu terbawa-bawa masuk kedalam mimpi. 

Tanpa fikir panjang terus peluk je ayah. Perasaan ketika peluk memang tak terkata, sebab terlalu rindukan beliau😥😥.

Ketika posting ini ditulis, aku masih boleh bayang pelukan kepada ayah. Terlalu rindukan beliau.

"Maafkan Nani abuya, pergi ketika Nani menghadapi tekanan hidup yang paling tinggi. InshaAllah semua ibadahku, quranku, sedekahku adalah untukmu"

Terjaga dari mimpi

Terjaga dari mimpi ketika masih peluk ayah. Ketika terjaga tu, perasaan rindu teramatlah dalam

Semoga Allah memberikan cahaya dan taman syurga didalam kubur arwah ayah Mohammad Aris bin mohammad Nor. 

InsyaAllah, nani akan menyusul bertemu abu.ya suatu saat nanti.


Artikel lain :   


Comments