Penjual Shopee berhati-hati dengan penipuan Seller Center berikut!

 Penipuan Seller Center..| Penjual Shopee sila berhati-hati dengan penipuan Seller Center berikut!

Apakah yang dimaksudkan dengan penipuan Seller Center?? : Scammer Shopee yang ini hanya akan target kepada penjual dilaman Shopee sahaja. Dalam konteks ini, Penipu akan memberitahu kepada penjual bahawa kedai mereka mempunyai barangan terlarang yang boleh menyebabkan mereka disaman.

Gambar sekadar hiasan. Shopee scammer

Baca juga : Lelaki ni ditipu RM 4k oleh scammer shopee. Baca perkongsiannya

Bagaimana Scammer ini berkerja?

Gambar sekadar hiasan


Berikut merupakan teknik mereka untuk memperdaya penjual

  1. Mereka akan menghubungi anda dengan memerkenalkan diri sebagai pekerja daripada Shopee Center.
  2. Anda akan dimaklumkan bahawa terdapat beberangan barangan jualan sebenarnya adalah dilarang sama sekali untuk dijual.
  3. Mereka akan mengancam anda dengan akibat yang serius, penipu mendesak anda untuk memadamkan item terlarang tersebut dalam masa 12 hingga 24 jam. 
  4. Melalui WhatsApp, mereka akan memberi pautan yang membolehkan anda untuk login ke akaun sebenar anda. 
  5. Akhirnya anda hanya akan mendedahkan semua maklumat peribadi anda untuk digunakan oleh scammer tersebut.

Bagaimana untuk mengelak daripada discam seperti ini?

Gambar sekadar hiasan


Untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa scammer, anda perlu pastikan bahawa :  

  • Sebarang surat-menyurat antara Shopee dan penjual hanya boleh berlaku di halaman media sosial rasmi dan applikasi Shopee sahaja.
  • Jika anda menerima email ataw mesej yang menakutkan anda, terus hubungi shopee center yang sebenar (cari dilaman web rasmi shopee.com.my).
Baca juga : Kandungan emas di dalam Hp lama?



sumber : 1


Comments